KEPADA pemilik Tupperware ini, sila datang ke Transit Aliran Massa (MRT) Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dengan kadar segera.

"Tertinggal nasi dengan kari ayam, kami boleh habiskan. Tapi tertinggal Tupperware mak, memang cari pasal,"

Entri itu dimuat naik di Twitter rasmi oleh Rapid Kuala Lumpur pada kira-kira 10 pagi tadi telah menemui si pemiliknya.

Posting yang dimuat naik itu telah menarik lebih 6,500 ciapan dan hampir 3,000 tanda suka.

Jangan main-main dengan bekas Tupperware, boleh buat gaduh.

Menariknya juga, apabila pemilik Twitter Azeim Cash tweet kembali dengan membalas bahawa ia kepunyaannya.       

"Salam admin, disini saya nak betulkan sikit dalam itu bukan kari ayam, tapi sebenarnya masak lemak ayam. Maaf dengan pengumuman itu... saya akan datang bersama seorang saksi untuk buktikan pemilikan barang masa rehat tengahari nanti... Asmahan Abas, Tupperware kita selamat sayang," tulisnya.