SUSULAN luahan kekecewaan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri berhubung penajaan Gegar Vaganza (GV) musim kelima, Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi, Noorhayati Kamarzaman atau kakaknya tampil membela.

Kenyataan Noorhayati atau lebih mesra dipanggil Yatie menasihatkan adiknya, agar tidak perlu menaja apa-apa program bagi elak dikecam.

"Kri.. tak yah la pegi lagi GV, kesian tengok kau (Aliff Syukri) asyik kena kecam sahaja, sakit mental nanti. Tak perlu lah, bukan kau sudah ada semuanya...

"Kita fokus berniaga secara senyap-senyap sahaja, benda ini semua akan buatkan kau sakit," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan layan saya macam budak sekolah: Aliff Syukri]

Beliau juga minta Aliff Syukri mendengar nasihat kerana tidak gemar mendengar berita buruk tentangnya.

Aliff Syukri telah memuatnaik kata-kata nasihat kakaknya di Instagram peribadinya dan menzahirkan terima kasih.