RIAU - JAKARTA. Indonesia sekali lagi digemparkan dengan fenomena luar biasa kali ini muncul 'empat matahari' di Kepulauan Riau.

Video tular di media soaial berdurasi 1.09 saat itu mencuri perhatian netizen yang dianggap luar biasa.

Penduduk kecoh dan cemas apabila terdapat empat titik ditemui di langit dan mendakwa matahari dilihat terbahagi kepada empat.

Memetik Detik.com, pegawai sains atmosfera dari Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan) Erma Yulihastin mengatakan fenomena matahari yang terdapat dalam video itu dinamakan sun dog.

Sun dog merupakan fenomena di mana matahari berganda dan ada juga dinamakan sebagai parhelion.

Namun, katanya, bukan jumlah matahari yang bertambah melainkan hanya pantulan sinar matahari semata.

Matahari seolah dikatakan bertambah kerana sinar matahari menembusi awan yang mengandungi kristal es.

Erma sendiri mengakui terkejut melihat fenomena sun dog luar biasa di kawasan tersebut kerana pantulan cahaya matahari yang banyak berbanding biasa. - Detik.com