Now Playing Tauke balak dipenjara

KUALA TERENGGANU - Seorang tauke balak antara tiga lelaki dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, kerana memberi rasuah bernilai antara RM300 hingga RM1,000 kepada agen Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh, Wong Kam Choy, 54; Tan Ya Loon, 36, dan Mohamad Bakri Hassan, 41, masing-masing mengaku salah atas pertuduhan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibacakan. Lapor MOJO Kuala Terengganu, Rubiah Omar.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf