Now Playing Tampil 12 calon bukti Pas iktiraf anak muda

Keputusan Pas Perak menampilkan 12 calon dari Dewan Pemuda Pas negeri membuktikan parti itu mengiktiraf peranan dan sumbangan anak muda dalam menghadapi PRU14.
Ketua Dewan Pemudanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, keputusan itu juga dilihat memenuhi kehendak suara golongan muda negeri Perak yang mahukan lebih ramai calon muda ditampilkan bagi mewakili suara mereka.
Menurutnya, PRU14 menyaksikan sejumlah sembilan calon Dun dan tiga calon Parlimen daripada Dewan Pemuda Pas sendiri berbanding empat calon sahaja pada PRU lalu.
LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN, RIDAUDDIN DAUD DAN NURUL MAZWANA HAMZAH

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf