Now Playing Tak skor, yeop tumpor...

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menyifatkan kegagalan menyempurnakan deretan peluang di depan pintu gol PKNS FC dilihat menjadi faktor yang menyekat kemaraan Perak ke separuh akhir Shopee Piala FA 2018 apabila sekadar terikat 2-2 dengan skuad Semut Merah itu  pada aksi suku akhir kedua, di Stadium Perak, semalam.
Setelah tewas 1-2 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam 7 April lalu, skuad The Bos Gaurus itu dilihat perlu memadam kelebihan agregat dimiliki lawan, namun sebaliknya PKNS FC pula yang berjaya melebarkan jurang aggregat hasil dua gol yang dijaringkan pada babak kedua sebelum Perak bangkit menyamakan kedudukan.
Biarpun sudah agak terlewat, Durakovic tetap bangga dengan kebangkitan dan prestasi keseluruhan kesebelasan pemain skuad Kejor Yeop Skor itu di sepanjang perlawanan.
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, Shahrizal Ahmad Zaini

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf