Now Playing Siapa juara baharu Perisai MB?

Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Padang Rengas dan SRCC Bagan Serai bakal berentap pada perlawanan akhir Liga Perak Amanjaya bagi merebut Perisai Menteri Besar Perak, Sabtu ini. Pengerusi bersama kejohanan Liga Perak Amanjaya, Khairul Shahril Mohamed berkata, perlawanan akhir tersebut akan diadakan buat pertama kalinya di luar Ipoh iaitu di padang sintetik Pulau Pangkor sebagai menghargai komitmen Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap kejohanan tersebut. Kejohanan ini mendapat pengiktirafan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila pemenang layak menyertai Piala FA seperti mana yang dilakukan SRCC Kuala Kangsar. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf