Now Playing 'Sakan kaut untung, tauke Myanmar di tahan'

KUALA TERENGGANU - Taktik seorang peniaga warga Myanmar yang sanggup menjalankan empat jenis perniagaan dalam satu premis berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Terengganu sempena ‘Ops Belanja’, hari ini. Lelaki berusia 32 tahun itu didapati menjadikan premis disewanya sebagai tempat menjual pakaian, aksesori telefon dan jam tangan, barangan runcit dan makanan dari negara Myanmar selain turut dijadikan kedai makan. Operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang ini bertujuan menangani masalah kebanjiran warga asing terutama di sekitar bandar raya yang sering dilaporkan media dan orang awam melalui laman sosial Facebook sejak kebelakangan ini. Mohd Yassin berkata, selain peniaga itu, turut ditahan lima lagi warga asing selepas pemeriksaan mendapati mereka tiada pengenalan diri.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf