Now Playing Proses dadah macam buat teh tarik

Hanya menggunakan botol plastik, besen, penapis serta beberapa peralatan lain, dua lelaki dikesan menjalankan aktiviti memproses dadah jenis metamfetamin, sejak tiga bulan lalu. Aktiviti  itu dilakukan di sebuah makmal mini yang menggunakan kain kanvas berhampiran kawasan belukar di Jalan Perindu, Silibin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kegiatan itu berjaya dibongkar hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, 11 Mac lalu sekitar jam 4.30 petang. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Normawati Adnan.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf