Now Playing Prasasti Seni Sarah Hildebrand

Menerusi kanvas wajah darah kacukan Melayu-Amerika, dicalitkan bias-bias rona saga dan sebagai bingkai menyambut tahun baru ini terpaterilah muka depan HIJABISTA kali ini. Memiliki wajah persis pelakon Hollywood Kirsten Dunst, nama Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf ataupun Sarah Hildebrand mempunyai magis yang mampu memukau setiap mata yang memandangnya.

Menyentuh apakah yang membuatkannya untuk berhijrah, Sarah mengingatkan tiada kisah istimewa atau hidayah yang menakjubkan ingin dikongsikan. Hanya disebabkan insiden tidak terduga, hatinya terus istiqamah untuk berhijab. 

“Sebenarnya sudah lama. Saya selalu terfikir untuk mengenakan hijab. Dan tiba-tiba sahaja dalam fikiran saya bertanya, apa kata kalau saya memakai hijab? Apatah lagi tatkala melihat wanita lain mengenakan hijab tanpa sebarang masalah yang timbul. Inilah yang lebih menguatkan hati saya lagi untuk berhijab.”

Ketahui perkembangan terbaru karier seninya dan ikuti warna-warni sesi fotografi ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki keluaran terbaru Hijabista di pasaran.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf