Now Playing Pemandu Uber dibaling batu

Seorang pemandu Uber kerugian ratusan ringgit apabila cermin hadapan keretanya retak dipercayai akibat perbuatan khianat, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku pada 8 Mac lalu, kira-kira jam 7.40 pagi di persimpangan Jalan Ria menuju ke Jalan Magazine di sini. “Ketika di Jalan Penang, ada sebuah motosikal bunyikan hon berulang kali kepada mangsa. Namun, mangsa tidak menghiraukannya. Semasa mangsa melalui Jalan Ria, dia terdengar bunyi ketukan di bahagian cermin sisi sebelah pemandu. “Mangsa mendapati cermin sisi keretanya itu telah pecah, namun masih meneruskan pemanduannya. Ketika dia berhenti di persimpangan Jalan Ria, datang dua individu menaiki sebuah motosikal lalu membaling batu ke cermin kereta mangsa sehingga retak,” katanya. Anuar berkata, polis sedang mengesan dua suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf