Now Playing Parah dihempap pokok

Seorang lelaki yang menunggang motosikal sendirian parah apabila dihempap pokok selepas pulang dari menunaikan sembahyang Jumaat, di Bandar Baru Putra, Bercham petang tadi.
Kejadian ribut kira-kira jam 2.30 petang itu disedari oleh saksi, R Thaivani, 36, yang turut merakam video keluarganya bersama penduduk, Suhaimi Hamdan, 59, menarik keluar mangsa yang tersepit di bawah pokok berkenaan.
Mangsa dipercayai patah kaki dan luka di kepala kemudiannya dibawa oleh ahli keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
MOJO Sinar Harian Perak, NOOR AINON MOHAMED YUSOF

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf