Now Playing Ops Noda: Laluan tikus bersepah

Puluhan laluan tikus dikesan di sebuah bangunan di Jalan CM Yusuff, Ipoh, yang dijadikan pusat pelacuran melibatkan GRO warga asing. 
Bangunan yang dijadikan hotel bajet itu menyediakan khidmat seks dengan harga antara RM50-RM80 diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri.
Operasi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berjaya menahan 12 wanita warga Thailand dan Myanmar bersama lima pelanggan warga Bangladesh dan Indonesia serta merampas kondom, gel pelincir dan wang RM1515 hasil aktiviti pelacuran itu. 
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, Noor Ainon Mohamed Yusof.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf