Now Playing Kenangan Termahal Nik Aziz Buat Anak Cucu

Hari ini genap setahun pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anak kesembilan Allahyarham, Nik Amalina berkongsi kerinduan dengan menceritakan kenangan termahal dia seisi keluarga bersama bapanya itu, lapor wartawan Kelantan Mohd Zailani Abd Rahman.

Nik Amalina berkongsi cerita, lima daripada tujuh anaknya sempat menerima mutiara kata dan tandatangan Datuk mereka itu pada Quran milik mereka.

Setiap kali khatam Quran, Nik Amalina akan memastikan Allahyarham bapanya menulis mutiara kata di halaman muka depan Quran milik anak-anaknya dan itulah kenangan termahal peninggalan Allahyarham untuk mereka anak beranak.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf