Now Playing Kekalahan tidak jejas fokus PKNP

Kekalahan 0-1 kepada PKNS pada aksi di Stadium Perak semalam, tidak melemahkan semangat pemain PKNP dalam usaha merealisasikan misi kekal di saingan Liga Super musim depan.

Pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim yang akur kekalahan itu berharap kesebelasan pemain akan kembali bangkit pada aksi berdepan JDT, Isnin ini.

“Kita kena akur kekalahan kerana bagi saya ia tak jejaskan apa-apa sebab pesaing terdekat kita juga gagal kutip mata.

“Apa pun, kita akan teruskan dan tengok perlawanan dengan JDT selepas ini,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf