Now Playing Hapus Majlis Syura? Hadi hanya reka

Amanah menafikan dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpinnya pernah membawa usul mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak pada Muktamar 2015. Sebaliknya, Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai rekaan untuk mengelirukan rakyat bagi melindungi agenda sebenar mereka iaitu cubaan menghalau 'jebon-jebon' dalam Pas. Menurutnya, usul pemindaan bidang kuasa Majlis Syura Ulamak tidak pernah ditimbulkan pihaknya sebelum ini, malahan peletakan majlis itu sebagai badan tertinggi parti sudah diperjuangkan sejak zamannya menjadi pemimpin Pas lagi. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf