Now Playing Berasak di belakang trak tanpa air dan makanan

MEXICO CITY - MEXICO. Kira-kira 300 pendatang dari Amerika Tengah sanggup menggadai nyawa apabila berasak-asak di belakang sebuah trak untuk masuk secara haram ke Amerika Syarikat (AS).

Namun, impian mereka untuk membina kehidupan baharu di negara Uncle Sam itu tidak kesampaian apabila ditahan pihak berkuasa Mexico di Tamaulipas di timur laut Texas, AS.

Pegawai penguatkuasa imigresen Mexico berkata, kumpulan terbesar itu terdiri daripada 198 orang dan menempuh perjalanan tanpa bekalan air atau makanan.

Pemeriksaan mendapati pendatang terbabit dari Guatemala, Honduras dan El Salvador.

Majoriti pendatang adalah kanak-kanak dengan 55 daripadanya bersama ibu bapa atau saudara-mara sementara 24 lain secara bersendirian.

Hanya seminggu lalu, tambahan 174 lagi rakyat Amerika Tengah ditahan dalam operasi di Coahuila dan Tamaulipas, Mexico.

Baru-baru ini, Amnesty International melaporkan, Mexico mengusir ribuan rakyat Amerika Tengah tanpa mengambil kira hak diberi rawatan sebagai pelarian ketika didakwa perancang jenayah di tanah air sendiri.

Negara digelar Segitiga Utara iaitu El Salvador, Guatemala dan Honduras, adalah paling ganas di dunia di luar zon perang. -AFP

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf