Now Playing BN Perak tambah calon wanita, kekalkan exco

BN Perak pada PRU14 kali ini menambah calon wanita dan mengekalkan exco sedia ada sebagai calon. Pengumuman calon disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh, hari ini. Pada pilihan raya kali ini, BN Perak menampilkan tujuh muka baharu bertanding di kerusi Parlimen manakala 33 calon akan memasuki gelanggang buat pertama kali. Sementara itu, lapan penyandang masing-masing dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun pada PRU14 kali ini turut digugurkan. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad, Normawati Adnan & Noor 'Ainon Mohamed Yusof.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf