Now Playing Penjara 2 tahun curi duit tabung surau

Padah mencuri duit tabung surau, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara dua tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.  Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohamad Nazrullizam Zulkifli, 35, dari Seberang Takir, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri tabung duit berjumlah RM200 milik Surau Taman Permin Permai, Kampung Bukit Chendering.  Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Februari lalu, kira-kira jam sembilan malam. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.  Lapor wartawan Sinar Harian Kuala Terengganu, Farah Shazwani Ali.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf