Now Playing Kawan karibku... lembu dan kerbau

HULU TERENGGANU - Tatkala ramai individu seusianya gemar beraktiviti bersama kawan-kawan, namun seorang remaja lelaki berusia 15 tahun daripada Kampung Padang Tara, di sini, lebih memilih lembu dan kerbau sebagai ‘rakan karibnya’. Malah, tiada istilah bermain bola sepak di padang bagi Adib Aiman Nordin, sebaliknya dia akan bersama ‘rakan-rakannya’  setiap petang dan cuti sekolah terutama dengan kesayangannya iaitu Awang, si kerbau jantan serta Dogol (lembu jantan). Berkongsi cerita, anak kedua dari tiga beradik ini berkata minatnya pada kerbau dan lembu bermula sejak kecil apatah lagi ayahnya, Nordin Mat Zin,40, serta arwah datuknya menternak haiwan berkenaan.  Katanya, biarpun tidak ‘glamour’ tetapi dia lihat penternakan punyai masa depan dan paling penting kena dengan jiwa kampungnya. Laporan MOJO Hulu Terengganu, Noor Hayati Mamat

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf