Now Playing Izaimi tuntut pemain tingkat stamina

Izaimi tuntut pemain tingkat stamina Pengendali skuad ragbi Sukma Terengganu, Izaimi Zainuddin menuntut anak buahnya segera meningkatkan stamina masing-masing bagi berdepan ujian getir saingan Kejohanan Ragbi NAZA; Siri Tujuh Sepasukan Kebangsaan 2018 di Ipoh pada 24 hingg 25 Mac nanti. Terdahulu skuad Hanelang B sekadar berpuas hati dengan gelaran naib juara Kejohanan Ragbi Bawah 21 Tahun Terbuka Terengganu 2018  setelah tewas 24-0 ke atas Wilayah Persekutuan dalam aksi pentas final yang berlangsung di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Gong Badak, kelmarin. Meskipun berpuas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan anak buahnya pada perlawanan itu, namun mengakui sedikit kecewa terhadap stamina pemain yang di lihat kurang cergas sehingga menjejaskan mutu permainan mereka. Justeru latihan lebih rapi  perlu dilakukan bagi berdepan juara bertahan Kelantan, Melaka dan juga Sabah dalam aksi peringkat kumpulan untuk mara ke separuh akhir di Ipoh nanti. SOT: Ketua jurulatih skuad ragbi Sukma Terengganu, Izaimi Zainuddin Lapor skuad sukan Sinar Harian Terengganu,  Zubir Sulaiman

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf