Now Playing Projek solar: Pegarah urusan dan peguam direman

PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan syarikat kontraktor dan peguamnya direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan kontrak perbekalan panel tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di seluruh Sarawak membabitkan nilai RM1.25 bilion.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, pengarah tersebut dipercayai mengubah kontrak yang dianugerahkan kepadanya menjadikan jumlah kontrak tersebut lebih tinggi.

"Syarikat  tersebut  telah membuat  tuntutan terhadap kerajaan sebanyak RM 221 juta daripada nilai kontrak," katanya.

Pengarah syarikat berkenaan yang berusia 59 tahun dan peguamnya, 30, masing-masing ditahan jam  5.30 petang dan 2.45 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.

Sebelum ini, portal Sarawak Report mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yang didakwa melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf