Now Playing Percepat proses warta Sungai Sepetang

Pemandu pelancong di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew, Shamsul Anuar Mohd Yusof, 45, berharap kerajaan negeri mempercepatkan proses pewartaan kawasan sekitar Sungai Sepetang khususnya bagi membendung kegiatan menebang pokok berembang habitat kelip-kelip di kawasan berkenaan.
Gesaan itu disokong Setiausaha Persatuan Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dewa, Sukor Ishak yang memohon pewartaan dilaksanakan segera berikutan kawasan berkenaan terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong khususnya pencinta alam semulajadi.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin pula mencadangkan kerajaan negeri menjadikan kawasan itu hutan simpanan kekal dalam usaha pemuliharaanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Tan Kar Hing menegaskan permasalahan di kawasan berkenaan akan cuba di atasi termasuk kerja menaiktaraf inftrastruktur di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew demi keselesaan pengunjung.

Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf