Now Playing Kaji semula keberkesanan RTB Kerian

GUNONG SEMANGGOL - Kerajaan baharu Harapan digesa mengkaji semula keberkesanan perlaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian yang sudah disiapkan susulan berlaku lagi kejadian banjir diakibatkan limpahan sungai itu.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, gesaan itu amat penting bagi memastikan projek bernilai lebih RM450 juta benar-benar mampu mengurangkan ancaman banjir di daerah Kerian terutama Parlimen Bagan Serai.
Menurutnya, kejadian banjir kilat melanda Kampung Wawasan Indah, di sini sehingga menyebabkan 64 keluarga mangsa banjir ditempatkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai kampung itu semalam membuktikan projek RTB masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki segera.
IKUTI LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf