Now Playing Banjir mula landa Bagan Serai

Episod banjir kini berulang di Parlimen Bagan Serai apabila sejumlah 38 mangsa daripada sembilan keluarga kini sudah dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai petang semalam.
Lebih membimbangkan, keadaan paras banjir semakin meningkat menyebabkan lebih 60 rumah melibatkan enam kampung di Parlimen Bagan Serai terjejas sejak Jumaat lalu.
Enam kampung terbabit merupakan Kampung Matang Tengah, Kampung Selekoh, Kampung Parit Simpang Empat dan Kampung Parit Simpang 5 di Dun Alor Pongsu, Kampung Tebuk Panchur (Dun Gunong Semanggol) dan Kampung Samagagah (Selinsing).
IKUTI LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf