Now Playing Pemuda Umno fokus strategi memenangi hati rakyat

Pemuda Umno kini memfokuskan kepada strategi bagi memenangi kembali hati rakyat dan kepercayaan rakyat kepada parti keramat berkenaan.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda Umno akan memperkasakan gerak kerja yang memberi tumpuan kepada akar umbi dan bukan hanya sekadar berpusat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sahaja.

Menurutnya, sempena mesyuarat kali pertama ketua-ketua pemuda Umno membabitkan 13 negeri, majlis berkenaan akan menyusun gerak kerja untuk mengembalikan sokongan anak muda.

"Kita membincangkan strategi dan gerak cara kita untuk dekati kelompok sasaran anak-anak muda bagi kita memenangi hati rakyat dan kembalikan kepercayaan kepada parti.

"Kita kembali meraih kejayaan dalam PRU15," katanya dalam sidang media sempena Pelantikan Ketua-ketua dan Naib-naib Ketua Pemuda Umno Negeri Sesi 2018 hingga 2021 di PWTC, tadi.

Sementara itu, Asyraf menegaskan Pemuda Umno mempunyai nilai sukarela yang tinggi dan Umno adalah parti perjuangan.

"Bukan bermakna apabila kami (Pemuda Umno) ditindas, tenggelam, dan lebur. Ditekan, dizalimi dengan dibekukan akaun-akaun kita, kami akan meninggalkan perjuangan," katanya.

Menurutnya, akan ada yang meninggalkan tapi setakat ini di akar umbi semakin ramai yang ingin menyertai Umno.

"Yang dilaporkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno haritu memang keadaan luar biasa... yang menarik sekali yang jadi ahli Umno bertambah.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf