Now Playing Pejabat maya pertama PUNB di Melaka

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melancarkan pejabat maya pertama di Melaka, bernilai RM1.1 juta, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, kemudahan itu ditawarkan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan dan perkhidmatan pengurusan tetapi tidak mempunyai pejabat sendiri, sejajar dengan perkembangan revolusi Industri 4.0.

Menurutnya, sebagai permulaan, PUNB menyasarkan kira-kira 500 usahawan Bumiputera yang menyewa kemudahan tersebut dalam usaha membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, konsep terbabit yang diadaptasi dari Toronto, Kanada dijangka menjadi trend baharu dengan menyediakan pelbagai kadar sewa lebih berpatutan berbanding penggunaan pejabat fizikal.

Ikuti laporan MOJO Sinar Harian Melaka, Amran Ali.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf