Now Playing Kegiatan licik jual pelapik brek tiruan terbongkar

ALOR SETAR - Kegiatan licik mengaut untung berlipat ganda dengan menjual pelapik brek tiruan dan tiada cop keselamatan Sirim terbongkar dalam serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah di sekitar Jitra, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Chin Ching Chung berkata dalam sidang media hari ini, serbuan oleh sepasukan anggota terdiri daripada 12 anggota KPDNHEP dijalankan di empat premis yang pemborong alat ganti kenderaan dilaksanakan hasil dari maklumat awam dan pemantauan.

Susulan itu, KPDNHEP Kedah merampas 174 unit pelapik brek gantian tiruan dan tiada cop keselamatan Sirim pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM36,000 yang dijual di tiga premis itu.

Difahamkan, ada pemborong alat ganti menjual pelapik brek tanpa Sirim ataupun tiruan ini berlipat ganda pada harga RM300 hingga RM400 berbanding dengan kos beliannya sekitar RM30 hingga RM40.

Laporan Mojo Kota Setar, Nurul Hidayah Hamid.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf