Now Playing Jurukimpal didakwa cuba rogol anak saudara

ALOR SETAR - Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan cubaan rogol terhadap anak saudaranya berusia lapan tahun di Pokok Sena pada Jun lepas.

Bagaimanapun, jurukimpal berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap ketiga pertuduhan terbabit.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu kira-kira jam 2 petang pada 17 Jun dan jam 5 petang keesokkan harinya di sebuah rumah di Kampung Bukit Larik, dekat sini.

Tertuduh yang memiliki dua isteri dan empat anak itu merayu dibenarkan diikat jamin kerana dia hanya bekerja sebagai jurukimpal dengan upah RM60 sehari.

Lapor Mojo Kota Setar, Nurul Hidayah Hamid.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf