Now Playing JPJ Perak lelong 58 kenderaan, kutip RM61,520

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperoleh RM61,520 hasil lelongan 62 kenderaan sita tidak dituntut pemiliknya dalam lelongan awam siri pertama tahun ini di pekarangan JPJ Taiping, di sini hari ini.
Pengarahnya, Mohd Zawawi Zakaria berkata, lelongan tersebut membabitkan 58 motosikal, tiga kereta dan sebuah van, dengan 57 daripada kenderaan itu boleh dilesenkan semula.
Menurutnya, sebuah van Nissan Ur-Van tahun 2010 adalah kenderaan paling mahal dilelong dengan harga RM25,000 manakala motosikal Demak tahun 1998 tidak boleh dilesenkan, dibeli dengan harga paling rendah iaitu RM50.

Ikuti laporan MOJO Sinar Harian Perak, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf