Now Playing Baiki segera peralatan kemahiran: AADK

KETUA Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berharap proses baik pulih peralatan kemahiran di semua pusat pemulihan seluruh negara dilaksanakan segera dalam usaha menyediakan bekas penghuninya yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun, ke pasaran kerja kelak.
Justeru, dalam lingkungan usia yang dilabel sebagai paling produktif dalam bidang pekerjaan itu, bakal menyaksikan puluhan ribu tenaga kerja tempatan yang memiliki kemampuan untuk melakukan tugas yang pada ketika ini mungkin dilakukan oleh pekerja-pekerja luar negara.
Sekaligus, ia dilihat mampu menangani masalah kebergantungan kerajaan terhadap pekerja asing pada ketika ini.
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf