Interaktif - SMS
KEPADA Rahmat Melayu, anda perlu tahu politik adalah kewajipan dalam Islam, jahil atau tidak itu bkn ukuran. Apa yang penting adalah kepimpinan Islam yang ada kelayakannya. Saya harap saudari yang patut memahami apa itu politik dan maknanya dengan betul. Saya anggap anda seperti adik beradik saya. - CABAI BURUNG
KEPADA Tan Sri Musa Hassan, jasamu kepada negara tetap dikenang. Walau un khidmatmu sebagai KPN bakal ditamatkan, itu tidak bererti khidmatmu tidak diperlukan lagi. Terima kasih Tan Sri kerana berjaya menjalankan tugas dgn baik. - NOR SALHAM, BKT MERTAJAM
Diharap pihak Celcom dapat memasang menara baru di Pekan Malau Baling. Liputan di sini kurang memuaskan. Hendak melayari Internet pun terpaksa tunggu lama. Bil bulanan tetap kena bayar walaupun tidak digunakan. -KAKICYBER PFC1250
ORANG kita beri muka sangat pada pendatang, macam-macam mereka lakukan pada rakyat kita yang terbaru kejadian melempar batu pada rakyat kita di sana dan kebangkitan Laskar Merah Putih yang hendak mengganyang Malaysia. Memang bangsa
itu tak sedar diri, sudahlah menumpang, menyusahkan pula. Kita seperti melepaskan anjing tersepit sahaja. Patutnya kerajaan Malaysia tidak berlembut dengan mereka. Jangan tunggu ada yang cedera atau mati baru hendak bertindak. -ORANG KITA
MEMANG susah apabila TM tidak menghiraukan pengguna. Sudah hampir 3 minggu kabel di Pendang, Taman Melor terputus. Harap pihak TM amik berat masalah ini. - 017693XXXX
SALAM. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Ramadan dan Aidilfitri buat kalian. Maaf zahir dan batin. - Abdul Razak, Penang.
MEMANG dah lama masalah pendatang asing di negara kita. Sebagai rakyat, saya sendiri risau melihat betapa ramainya pendatang menetap di sini. Bila keluar rumah, rasa macam bukan Malaysia pun ada. Saya harap kerajaan tidak pandang remeh hal ini. Segera lakukan sesuatu. - 012644XXXX
ORANG yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. - KTK
KEPADA kawan-kawan yang berada di UiTM Arau, Perlis, Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya. Rindu sangat pada anda semua. - BOY85
KAMI rakyat kedah, mahu masalah pendatang asing segera diselesaikan. Mereka nampaknya dah melampau. Bagi betis, nak peha. Lupa diri. - 017254XXXX
NIAT adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh kerananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. Jadi di bulan yang mulia ini, bersihkanlah hati kita dari prasangka. Positifkan diri dan sentiasa beramal kepadaNya. - Salam An-Nur
ANDA bertanggungjawab atas kehidupan anda. Anda tidak harus terus menerus menyalahkan orang lain untuk kesalahan-kesalahan dalam hidup anda. Jika diri anda benar, maka pertahankanlah, jika tidak maka dengan rendah diri, mengaku kesalahan. Jangan jadi manusia egoistik, yang mendabik dada. Sampai bila anda mahu berdiri di puncak gunung? - 017430XXXX
Saya suka baca Sinar Harian. Di harap akhbar ini akan meneruskan niat murni dalam menyampaikan berita-berita yang jujur, di mana bagi saya pada zaman serba moden ini, kejujuran itu sukar dipertahankan. Jadi, Sinar jangan hampakan peminat-peminat anda. Sayang Sinar. - 013176XXXX
Kepada semua penulis di ruangan Interaktif ini, diharap anda semua kurangkan bertelagah. Biasalah, manusia pasti berbeza pendapat dan idea. Namun, di hari baik, bulan baik jalinkanlah ukhuwah di antara anda. - PEACE MAKER
Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka. Pesanan ikhlas, Selamat Hari Raya!. - 014566XXXX
Sempena Ramadan Al-Mubarak bulan yang mulia ini, jernihkan hati dan jernihkan perhubungan, isikan hati dengan keindahan bulan dan keimanan. Jika ada silap dan salah harap dimaafkan. - 013342XXXX
Ramadan bulan yang penuh ujian. Di masa inilah kita diuji dengan pelbagai dugaan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang kuat imannya. Sama-samalah kita berjuang semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti akan lebih bermakna. Kepada keluarga Bob Achik di Kangar, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana tidak dapat datang, disebabkan ada hal peribadi yang perlu diselesaikan. - SAM, PJ
Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.
Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.
Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa. - KATA PUJANGGA
Interaktif - Maklumbalas
Interaktif - Emel





