| Sambut Valentine tanpa seluar dalam
BUTTERWORTH - Cara terbaru memancing remaja Islam menyertai sambutan Hari Kekasih (Valentine) hujung minggu ini. Kini tersebar luas pesanan ringkas (SMS) yang mengajak remaja Islam, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di sini untuk sama-sama merayakannya dengan slogan ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentines’ (zahirkan kasih sayang anda tanpa seluar dalam sempena Hari Kekasih). Sehubungan itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang (UNGGAS) meminta ibu bapa memerhati gerak geri anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala negatif, yang jika tidak dibendung membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak anak muda Islam. Koordinatornya, Nurfitri Amir Muhammad berkata, langkah itu perlu kerana perayaan berkenaan disambut dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral termasuk menghabiskan malam perayaan bersama pasangan, bergaul bebas dan berakhir dengan pesta seks. “Walaupun kami tidak tahu pihak atau individu yang memulakannya, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang melarang umatnya mendekati zina. “Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya pada sidang media di sini semalam. Menurutnya, persidangan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-71 pada 22 November 2005 juga memutuskan bahawa amalan merayakan valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. “Roh perayaan itu mempunyai unsur-unsur agama lain dan amalannya yang bercanmpur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” katanya. Sehubungan itu, UNGGAS bersama beberapa pertubuhan lain mengedarkan risalah untuk menyedarkan remaja Islam agar tidak terjebak dengan gejala negatif serta mengadakan operasi pada malam berkenaan yang lebih kepada memberi penerangan dan kaunseling. “Kami akan membuat rondaan dan sesi penerangan secara bersemuka dengan remaja Islam di kawasan tumpuan ramai untuk memastikan mereka tidak terlanjur dan bersedia kembali ke pangkal jalan,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara




