Guna helah memancing elak dicekup
![]() Pegawai Agama Daerah Sik, Syeikh Mohd Haizan Hamzah, berkata, kedua-dua pasangan tersebut ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Sik (PADS), dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid berdekatan. Menurutnya, pasangan berkenaan datang dari luar daerah Sik dan mereka memberi alasan tujuan ke pulau tersebut sekadar ingin memancing serta menghabiskan cuti hujung minggu bersama pasangan mereka. “Salah satu pasangan tersebut telah mengikat pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, manakala satu pasangan lagi dalam proses mengikat tali pertunangan serta berkahwin. “Kesemua pasangan ditahan berumur dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun, dan mengakui inilah pertama kali sampai ke kawasan tersebut setelah dipelawa salah seorang rakan yang juga orang tempatan,” katanya kepada Sinar Harian. Syeikh Mohd Haizan berkata, selain dua pasangan itu, terdapat lima lagi rakan lelaki mereka turut bersama sewaktu ditahan, namun kesemua mereka dibebaskan setelah membuat laporan polis. “Kedua-dua pasangan yang ditahan mengakui mereka sekadar melakukan aktiviti santai sepanjang semalam berada di pulau tersebut, seperti aktiviti memancing, membakar ikan serta berbual beramai-ramai. “Ketika ditahan juga, pihak kami mendapati terdapat sebuah khemah terbuka dipasang untuk aktiviti perkelahan tersebut, dan masing-masing turut memberi alasan tidak tidur sepanjang malam kerana kawasan berkenaan banyak nyamuk,” katanya. Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih melakukan siasatan ke atas kedua-dua pasangan tersebut, serta turut memanggil beberapa saksi yang turut berada di tempat berkenaan untuk memberi keterangan. “Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 (3) bagi lelaki dan Seksyen 9 (4) bagi perempuan, atas kesalahan berada di tempat sunyi dan terasing serta boleh mendatangkan syak. “Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua pasangan tersebut akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya bagi memberi kesedaran atas kesalahan yang dilakukan,” katanya. Menurutnya, masyarakat perlu sedar tindakan berada di kawasan sunyi serta boleh mendatangkan syak sebenarnya adalah satu kesalahan dan mereka boleh ditahan serta didakwa di bawah seksyen yang berkaitan. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





