Pengunjung : 26297 Ahad 14-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Mahkamah tolak permohonan bekas pekerja Nikko

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas pekerja kilang Nikko Electronic Berhad untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Buruh yang mengenepikan tuntutan pampasan setelah diberhentikan kerja beramai-ramai dua tahun lalu.

Peguam yang dilantik oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang untuk mewakili pekerja terbabit, R Palaniappan berkata, ia diputuskan oleh Timbalan Pendaftar, Mohd Rosly Nawi di kamarnya di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran (leave) Mahkamah Tinggi bagi sebutan petisyen pekerja di Mahkamah Buruh pada 22 Februari ini.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi juga menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan permohonan penggulungan syarikat itu.

“Sebutan kes itu tertangguh beberapa kali sebelum ini kerana peguam syarikat memaklumkan bahawa kilang itu akan melalui proses penyusunan semula atau pembelian oleh pelabur lain,” katanya kepada media.