Guan Eng mengaku pinggir kroni UMNO
![]() Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, dakwaan kononnya orang Melayu terpinggir seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak benar. Oleh itu, beliau berharap orang ramai tidak terjerat dengan isu perkauman yang sengaja diperbesarkan oleh pembangkang. “Sebenarnya orang Melayu tidak dipinggirkan, tetapi hanya kroni BN yang dipinggirkan. Itu yang mereka tidak puas hati. Yang mana berkebolehan akan diambil manakala yang tidak mampu akan dipinggirkan. “Kerajaan Negeri tidak mengamalkan diskriminasi tetapi kalau BN atau UMNO rela kita tidak memberi tender kepada kontraktor mereka, kita boleh buat,” katanya pada sidang media di sini semalam. Turut hadir ialah beberapa kontraktor yang mendapat kontrak melalui tender terbuka Kerajaan Negeri. Menurutnya, di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR), semua kontraktor yang berkebolehan akan diberi peluang tanpa mengira kaum malah ada beberapa kontraktor BN yang berkebolehan, turut diberi peluang. “Ini menunjukkan kita tidak mengamalkan diskriminasi, kita adil dan profesional,” katanya. Guan Eng berkata tender terbuka secara tidak langsung dapat memartabatkan semua kontraktor berkebolehan tanpa mengira kaum serta tidak bergantung kepada saluran lain yang didakwa berlaku ketika pemerintahan BN. “Semua yang terpilih adalah berdasarkan kebolehan dan harga yang diberikan, tidak perlu bayar satu sen pun, tidak menggunakan saluran yang salah, kontraktor dulu susah nak dapat tender kerana hanya guna kabel politik diberi tender. Inilah yang berlaku pada zaman BN,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





