Jiran ingin lihat nasib Zaleha terbela
![]() Wanita terbabit, Khodijah Ismail, 43, berkata, dia yang merupakan jiran kepada pesakit sendi lutut, Zaleha Ismail, 43, mencuba pelbagai ikhtiar untuk membantu meringankan beban yang ditanggung jirannya itu sejak menghidap penyakit tersebut lapan tahun lalu. Menurutnya, Zaleha yang dahulunya sihat diserang sakit lutut dan hasil pemeriksaan yang dibuat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) mendapati kedua lututnya mempunyai masalah sendi kurang bendalir hingga menyebabkannya tidak dapat berdiri dan berjalan seperti biasa. “Saya rasa bertanggungjawab membantu Zaleha memandangkan kami tinggal bersebelahan dan dia juga merupakan kawan baik saya sejak tinggal di Taman Sidam Kiri ini lebih kurang 10 tahun lalu. “Pelbagai usaha kami lakukan bersama untuk mengubati penyakitnya ini namun hingga kini semakin teruk dan dia tidak dapat menguruskan rumah tangganya dan bekerja bagi menampung keperluan mereka sekeluarga,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Sidam Kiri, semalam. Khodijah berkata, Ogos tahun lalu Zaleha membuat permohonan JKM dan pada November tahun lalu Zaleha dikunjungi pegawai JKM yang memintanya untuk ke Pejabat JKM Kuala Muda bagi menguruskan permohonan bantuan tersebut. Menurutnya, selepas mereka mengunjungi JKM di Sungai Petani, satu surat diperoleh mengatakan Zaleha tidak layak menerima bantuan bulanan daripada JKM kerana masih sihat dan berupaya untuk bekerja. Sementara itu, Zaleha berkata, sejak lapan tahun lalu dia sakit dan bengkak di kedua belah lututnya dan menyebabkan dia tidak dapat berdiri dan berjalan. “Urusan seharian saya hanya duduk sahaja di kerusi dan jika ingin membuang air kecil dan besar, saya akan gunakan tongkat yang dibeli adik beradik saya untuk ke tandas. “Nasib saya baik kerana dikurniakan tiga anak yang sanggup bersusah payah menjaga saya dan membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan sebagainya,” katanya. Zaleha berkata, suaminya, Baharudin Musa, 43, hanya bekerja sebagai tukang kebun di sekolah berhampiran dengan gaji bulanan RM550 yang ternyata tidak mampu menanggung kos hidup mereka sekeluarga oleh kerana ketiga-tiga anaknya berusia antara 9 hingga 17 tahun masih bersekolah. Malah katanya, Baharudin juga menghidap penyakit berkaitan dengan kedua kakinya yang lebam dan berwarna hitam serta tidak mampu melakukan kerja berat selain menghidap asma. Sinar Harian kemudiannya menghubungi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda, Mohamad Md Noor untuk mendapatkan penjelasan dan menurutnya, pihaknya akan melakukan siasatan dan semakan semula permohonan yang dibuat. “Oleh kerana Zaleha menghidapi penyakit terbabit dan tidak lagi mampu untuk membantu suaminya mencari rezeki seperti sebelum ini, permohonan terbabit diluluskan atas Skim Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM300 mulai bulan ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





