137 barang kes judi komputer dimusnah
![]() Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, 137 barang kes yang dimusnahkan terbahagi kepada tiga jenis iaitu 94 komputer, 16 mesin slot dan 13 lagi mesin jackpot. Menurutnya, keseluruhan barang yang dimusnahkan melibatkan 30 kes yang telah berjaya diselesaikan sejak 2006 sehingga 2009 dan selesai perbicaraan di mahkamah. “Daripada 30 kes yang berjaya diselesaikan sejak 2006 hingga 2009, tahun lalu yang mencatatkan kes paling banyak berjaya diselesaikan melainkan 2006 hanya dua kes dapat diselesaikan. “Barang ini kita musnahkan selepas mendapat arahan daripada mahkamah agar memusnahkan barang kes yang diselesaikan dan segala proses mahkamah juga telah habis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS, di sini semalam. Shafien berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(B) Akta Rumah Perjudian dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan Tempatan. Menurutnya, aktiviti memusnahkan barang kes perjudian komputer adalah pertama kali dibuat di IPD SPS memandangkan khuatir ada pihak tertentu menyalahgunakan barang itu sekiranya dibuang di merata tempat. “Kita memang memandang serius perjudian berbentuk komputer dan Internet kerana memberikan kesan buruk kepada remaja terutama yang masih bersekolah. “Kita berharap kerjasama daripada masyarakat agar dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes perjudian seperti ini kepada pihak polis supaya tindakan segera diambil bagi membendung jenayah ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya





