Azizan: BN tunjuk kelemahan sendiri
![]() Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, program itu tidak sedikitpun menggugat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas, memandangkan ia sekadar program untuk pemimpin parti itu turun padang mendekati rakyat. “Kita tidak tergugat pun dengan pelaksanaan program Juara Rakyat baru-baru ini. Setiap parti ada program masing-masing. Mereka berhak melaksanakan apa jua program di sini tanpa sekatan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada program itu berjaya mendapatkan sokongan rakyat atau sebaliknya, ” katanya. Azizan yang juga Menteri Besar Kedah mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa program Juara Rakyat mampu mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat Kedah terhadap Barisan Nasional (BN). Azizan berkata, kenyataan itu seolah-olah mengiakan kebenaran bahawa rakyat Kedah tidak lagi menyokong BN dan memberi sokongan padu terhadap PR. “BN seperti mengakui mereka hilang sokongan rakyat sebelum ini. Dan sekarang mahu mendapatkan semula sokongan yang hilang itu, ini secara tidak langsung menunjukkan kelemahan diri sendiri,” katanya. Azizan berkata, kepercayaan rakyat bermakna kepercayaan terhadap pemimpin, dan sekiranya rakyat tidak lagi memihak kepada sesebuah parti, bermakna rakyat menolak kepimpinan pemimpin berkenaan. “Sekiranya rakyat tidak sokong BN atau UMNO, maknanya rakyat menolak (Datuk Seri) Mohd Shafie (Afdal) selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah,” katanya. Sebelum ini, Muhyiddin berkata, perhatian yang diberikan terhadap kebajikan dan ekonomi rakyat Kedah menerusi program Juara Rakyat diharap dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada BN, dan seterusnya membuatkan rakyat Kedah akan sentiasa menyokong parti itu. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik





