Ekspo Belia Niaga berjaya capai misi
![]() Pengarah Urusan Alam Gapura Group Sdn Bhd, Noor Asmadi Saad berkata, konsep yang diperkenalkan sepanjang ekspo ini berlangsung adalah bersifat ilmiah keagamaan. Menurutnya, pengisian program bukan semata-mata pembelian barang sahaja, malah ia merangkumi pelbagai aspek termasuk ceramah agama, persembahan nasyid, forum agama dan sebagainya untuk santapan rohani setiap individu. “Konsep yang kita ketengahkan ini sesuai untuk semua :lapi�san masyarakat dan umur, kami bukan sahaja berniaga semata-mata malah ia lebih ke arah nilai murni seperti membantu anak yatim dalam daerah ini untuk gembira sepertimana orang lain,” katanya. Selain itu, antara kebaikan yang diperoleh penduduk di sini adalah harga barang berpatutan iaitu harga dari kilang. Noor Asmadi berkata, antara konsep asal ekspo ini dilaksanakan adalah untuk pembangunan ekonomi ummah khususnya belia. “Sesuai dengan objektif ekspo ini yang mana antara tumpuan utama kami adalah kalangan belia, secara tidak langsung golongan ini dapat dididik menjadi seorang usahawan berjaya. “Daerah Padang Terap merupakan lokasi kesembilan ekspo ini dilaksanakan di seluruh Kedah sejak tahun lepas lagi,” katanya. Sementara itu, beliau menjelaskan jumlah usahawan dan barangan akan meningkat dari semasa ke semasa. Menurutnya, antara yang menjayakan ekspo ini ialah pihak pimpinan, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT), polis dan Rela. “Antara impak utama yang dapat dikesan melalui ekspo yang berlangsung ini ia memberi banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda untuk berdikari dan seterusnya menjadi seorang usahawan berjaya. “Sebenarnya, bidang perniagaan ini adalah salah satu daripada lubuk rezeki manusia, jika kita tidak kejar, kita akan ketinggalan dan saya harap lebih banyak lagi golongan belia menceburi bidang perniagaan ini untuk masa depan yang cerah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis penutupan Ekspo Belia Niaga ini di Padang Terap. Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, Setiausaha MDPT, Abdul Gafar Yahya, Koodinator Usahawan Tunas indah, Tuan Zaini Tuan Aboo Hassan dan lain-lain lagi. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





