Puting beliung landa Taman Seri Kota
![]() Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.40 petang itu juga menjadi tanda tanya kepada penduduk di taman itu berikutan tidak ada angin kuat ataupun hujan yang berlaku. Mangsa, Abdullah Mohd Arshad berkata, ketika kejadian, dia berada di masjid berdekatan untuk menunaikan solat Zohor dan semasa kejadian hanya isteri dan dua anaknya yang berada di rumah. Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak ada satu pun kemalangan jiwa berlaku melibatkan ahli keluarganya ataupun penduduk taman tersebut. “Kejadian ini adalah kali kedua berlaku, namun yang ini yang paling teruk berlaku dan dalam tempoh lima minit puting beliung itu menerbangkan bumbung enam rumah. “Jiran ada memberitahu bahawa pusaran angin itu yang membentuk seakan-akan puting beliung tiba-tiba terbentuk dan datang ke arah rumah kami,” katanya kepada Sinar Harian. Abdullah berkata, ketika itu juga cuaca panas dan situasi berkenaan tidak pernah diduga mereka bahawa satu bencana alam boleh terjadi. “Kami mengharapkan sedikit bantuan daripada pihak berkenaan untuk membaiki bumbung rumah kami, berikutan selepas kejadian, pada malamnya pula hujan turun menyebabkan barang kelengkapan basah dan kami menggunakan peruntukan sendiri untuk membaiki bumbung rumah,” katanya. Kejadian ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Datuk Roshidi Osman yang turun padang melawat tempat kejadian. Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bukit Pinang, Mohd Firdaus Salleh berkata, ADUN Bukit Pinang turun padang melihat lokasi kejadian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dimaklumkan mengenai perkara itu. Menurutnya, JKM telah menilai jenis kerosakan dan mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai kejadian itu daripada mangsa kejadian. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik





