Tanaman musnah angkara babi
![]() Ketua Pemuda UMNO Cawangan Permatang Pasir, Mohd Sayuti Abu Bakar berkata, penduduk membuat laporan kepada Jabatan Perhilitan berikutan sering mengalami kerugian akibat kemusnahan tanaman. Menurutnya, pihak Jabatan Perhilitan membuat pemantauan selama dua hari dan akhirnya kira-kira jam 4 pagi Ahad lalu, haiwan yang menjadi penyebab kerugian penduduk kampung ditembak mati. “Sebelum ini, ada penduduk yang mengesyaki kemusnahan tanaman mereka berpunca dari perbuatan lembu. Tetapi, jangkaan mereka meleset. Haiwan sebenar yang sering mengacau tanaman mereka adalah babi hutan. “Sebagai wakil kepada penduduk, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perhilitan yang sanggup datang dan berjaga dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk di sini. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, mereka tunggu juga dan berjaya menembak tiga babi hutan yang menjadi punca segala permasalahan penduduk selama ini,” katanya. Namun Sayuti berkata, daripada tiga yang ditembak, hanya dua yang berjaya ditemui. Manakala, seekor lagi dipercayai lari ke dalam hutan selepas terkena tembakan. Dalam pada itu, seorang penduduk, Mahfuz Bahari, 30, berkata, babi hutan sering memusnahkan tanaman di sekitar rumahnya seperti kelapa, ubi, pisang dan sebagainya. Menurutnya, haiwan berkenaan dipercayai menghuni hutan nipah Bukit Jelutong yang terletak betul-betul di sebelah rumahnya menyebabkan dia dan keluarga hidup dalam keadaan bimbang. “Babi hutan ini bukan sekadar mengganggu serta memusnahkan tanaman, tetapi juga mengancam keselamatan. “Pernah kawan saya terserempak dengan babi hutan yang tiba-tiba melintas di jalan raya dalam kampung ni. Takut juga haiwan itu mengamuk dan mencederakan orang kampung,” katanya. Saayuti berkata, kebimbangan yang menyelubungi diri sedikit reda dengan tertembaknya tiga haiwan itu, namun dalam masa sama percaya masih ada lagi babi hutan yang menghuni hutan nipah itu. Selain itu, saiznya juga lebih besar dari yang ditembak awal pagi itu. Seorang lagi penduduk, Musa Hashim, 44, berkata, sebelum ini babi hutan berkenaan sudah memusnahkan banyak tanaman di kebun milik penduduk kampung, bukan sahaja di Kampung Bukit Jelutong, tetapi juga kampung sekitarnya. Menurutnya, babi hutan berkenaan sememangnya menyusahkan penduduk kampung kerana habis semua tanaman yang ditanam penduduk musnah dikerjakannya. “Selain terpaksa menanggung kerugian, penduduk turut diancam ekoran haiwan berkenaan sering kali kelihatan melintas pada waktu pagi ketika kanak-kanak hendak ke sekolah. “Kami percaya ada banyak lagi babi hutan di hutan ini dan berharap pihak berkenaan akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin di samping menyelamatkan tanaman,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM





