Denggi meningkat di Timur Laut
![]() Pegawai Kesihatan Epidomologi Daerah Timur Laut, Dr Umarazina Abdul Kadeer berkata, peningkatan tersebut bukan sahaja di daerah berkenaan namun meningkat bagi negeri Pulau Pinang Menurutnya, peningkatan itu disebabkan perubahan cuaca yang tidak menentu pada masa kini. “Selain itu ia juga disebabkan tingkah laku manusia yang masih lagi tidak mengamalkan sikap menjaga kebersihan persekitaran dengan membuang air bertakung dan memeriksa kawasan masing-masing,” katanya selepas merasmikan Program Hapus Aedes Bersama Masyarakat (Combi) di Kampung Sungai Gelugor. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang, Lim Thoon Deong dan Pengerusi Combi Kampung Sungai Gelugor, Jani Pakaruddin. Thoon Deong berkata, pihaknya juga menerima aduan daripada masyarakat mengenai peningkatan kes di Kampung Sungai Gelugor. Menurutnya, bagi kampung berkenaan sahaja dari November 2009 hingga Januari ini, sebanyak 80 kes denggi dilaporkan kepada Hospital Pulau Pinang dan empat kematian sudah dicatatkan. “Kami menerima aduan ini daripada Komuniti Bestari Sungai Gelugor untuk menghalang supaya kejadian denggi semakin teruk kerana kampung ini adalah salah satu kawasan panas denggi. Justeru, kami dari Lembaga Pelawat bersama dengan Jabatan Kesihatan mengambil inisiatif dengan mewujudkan sukarelawan Combi untuk mengurangkan kes denggi di sini,” katanya. Dalam pada itu Dr Umarazina berkata, program Combi bermula di Johor dan kejayaan program berkenaan kemudiannya digunakan jabatan kesihatan negeri. Sehingga kini lima kawasan mempunyai anggota sukarelawan Combi iaitu Tanjung Tokong, Rumah Pangsa Jade View, Perumahan FRU Padang Tembak, dan Taman Tun Sardon. Jumlah itu meningkat apabila Kampung Sungai Gelugor melalui komuniti bestarinya juga telah didaftarkan pada awal 2010. Dr Umarazina berkata, Combi dikendalikan oleh penduduk setempat dengan memberi nasihat kepada kejiranan mengenai bahaya nyamuk Aedes. “Tetapi kami daripada Jabatan Kesihatan pula memantau dari masa ke semasa sejauh mana pergerakan sukarelawan di sesebuah kawasan. “Jika sesebuah komuniti mahu menjadi sukarelawan Combi haruslah melalui saluran pemimpin setempat seperti persatuan penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Komuniti Bestari,” katanya |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik





