Ekonomi Kedah makin mundur: Shafie Apdal
![]() Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semenjak pakatan pembangkang menerajui Kedah, Kerajaan Negeri pimpinan Pas itu hanya meneruskan projek-projek yang dirancang ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu, tanpa mewujudkan idea baru untuk mempertingkat ekonomi di negeri itu. “Tiada dasar-dasar baru dalam sektor ekonomi diperkenalkan, termasuk perancangan dan strategi yang jelas untuk memajukan ekonomi negeri. Yang ada hanyalah iklan-iklan papan tanda slogan, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ yang tiada hala tujunya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Ekonomi Negeri Kedah, anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) cawangan Kedah, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Hassan Malek ketika merasmikan konvensyen yang menghimpunkan usahawan dan peniaga Melayu dari seluruh negeri Kedah. Mohd Shafie yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah berkata, slogan yang dilaungkan Kerajaan Negeri hanya bersifat retorik politik semata-mata kerana sehingga kini, ekonomi negeri Kedah masih tiada peningkatan. “Usahawan susah untuk berniaga, projek pembangunan yang dilakukan hanyalah ihsan daripada Kerajaan Pusat. Projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pun rata-rata adalah kesinambungan atau idea daripada kerajaan BN terdahulu. Yang mensejahterakan rakyat bukanlah kerajaan Pakatan tetapi kerajaan BN,” katanya. Menurutnya, hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat kerana BN amat jelas mengenai perancangan dan strategi dengan memberi keutamaan kepada kekuatan ekonomi penduduk. |
Lain-lain Artikel:-
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya





