PELBAGAI barangan berjenama dan berkualiti keluaran Shimano serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai hampir RM140,000.00 menanti peserta di Pantai Puteri, 3 Disember ini (Ahad).

Pertandingan anjuran bersama Shimano, Mee Fah Fishing dan Wakjali Event Management ini adalah acara tahunan dan kali kedua diadakan. Edisi pertama diadakan pada November 2016, juga di Pantai Puteri.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM45,000.00 berserta barangan PA Fligen TD Thick, Speedcast 450BXG dan Tshirt Shimano, kedua RM10,000.00 (PA Prosurf Thick, Forcemaster Surf 450BXG dan baju-T Shimano) dan ketiga RM5,000.00 berserta Speedcast 14000XSB, Vengeance Surf S425CXI dan baju-T Shimano.

Hadiah wang tunai ditawarkan hingga tempat ke-60 dan semua pemenang akan menerima hadiah iringan barangan Shimano.

Turut ditawarkan ialah 10 set hadiah (Alivio 6000FA dan beg Shimano) untuk 10 peserta bertuah yang menggunakan set barangan Shimano ketika memancing.

Pertandingan siri pertama tahun lalu.

Namun paling ditunggu-tunggu pemancing ialah hadiah cabutan bonanza kekili Shimano Stella 8000PG bernilai hampir RM5,000.00 dan kekili Shimano Bullseye bernilai hampir RM2,000.00. Selain hadiah cabutan bonanza itu, sebanyak 40 unit kekili Shimano Alivio 10000FA dan 40 unit FX4000FB juga ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah.

Yuran penyertaan RM100.00 untuk satu joran dan setiap peserta boleh menang lebih satu hadiah yang ditawarkan. Kaunter pendaftaran akan dibuka di premis perniagaan Mee Fah di Sungai Udang, Melaka bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang Sabtu ini. Selepas itu, kaunter pendaftaran di Pantai Puteri akan dibuka bermula jam 8.00 malam hingga hari pertandingan.

Sebanyak 100 topi dan 400 baju-T disediakan kepada peserta yang mendaftar awal di Mee Fah. Pertanyaan lanjut hubungi 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479.