HADIAH wang tunai RM88,500.00 menanti peserta pertandingan memancing Cabaran Hari Malaysia 2017 di Tasik Ujana Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan, Ahad ini.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management dengan kerjasama Nilai Impian ini merupakan penganjuran kali kedua pada tahun ini. Tasik yang boleh memuatkan sehingga 1,800 peserta itu kaya dengan pelbagai spesies ikan seperti patin, rohu, tilapia, likoh, pacu dan lain-lain.

Juara bakal membawa pulang RM40,500.00, naib juara RM9,500.00, ketiga RM4,500.00 dan keempat RM1,500.00. Paling menarik, pemenang kategori bawahan iaitu tempat kelima hingga ke-60, masing-masing akan menerima RM500.00 setiap satu.

Begitu juga dengan ikan terberat bagi setiap spesies seperti patin, rohu dan sebagainya turut menerima wang tunai RM500. Dan sekiranya spesies tersebut merupakan ikan terberat pertandingan maka ia akan menerima RM 41,000.

Penganjur menawarkan 500 tshirt untuk pendaftaran awal serta penyertaan percuma kepada peserta ke 500, 1,000 dan 1,500 yang mendaftar. Yuran penyertaan RM100.00 untuk satu joran dan hadiah adalah berkonsepkan sapu bersih.

Bagi menambahkan lagi stok ikan yang sedia ada di kolam, Sabtu ini akan akan dilepaskan lagi spesies ikan pacu. Tidak sebagaimana spesies patin atau pacu, spesies ikan pacu ini lebih cepat ‘buka mulut’ dan pasti akan memeriahkan sesi pertandingan pada 17 September ini.

 
 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IA seperti menepati hebahan pertandingan memancing di Tasik Ujana, Nilai Impian yang tersiar pada minggu lalu, ikan likuh emas yang menjadi hiasan dalam hebahan tersebut, berjaya dipancing sekali gus menobatkan pemancingnya muncul sebagai juara dalam pertandingan memancing Cabaran Hari Malaysia, Ahad lalu.
  • PERKATAAN pacu (pa’ku dalam sebutan Portugis) adalah merujuk kepada nama umum spesies ikan air tawar bersifat omnivor di Amerika Selatan.
  • TAMAN Botani Negara Shah Alam atau juga dikenali Taman Bukit Cerakah suatu ketika dahulu, sering menjadi tumpuan warga Lembah Kelang khususnya Shah alam untuk berehat pada hujung minggu.
  • LAZIMNYA siakap merah juvenil mendiami estuari sebelum bermigrasi ke laut lepas setelah mencapai usia matang. Namun peluang untuk memperoleh siakap merah dewasa juga ada apabila ia kembali ke muara untuk bertelur.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.