TAMAN Botani Negara Shah Alam atau juga dikenali Taman Bukit Cerakah suatu ketika dahulu, sering menjadi tumpuan warga Lembah Kelang khususnya Shah alam untuk berehat pada hujung minggu.

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung di sini seperti jogging, berbasikal dan sebagainya sambil menghirup udara segar yang dikelilingi hutan hujan.

Bagi kaki pancing pula, Empangan Air Kuning (EAK) yang terdapat di taman botani adalah satu pilihan alternatif untuk rekreasi memancing.

Kawasan memancing di EAK ini juga kemas dan bersih.

Terdapat pelbagai ikan yang dimasukkan ke dalam empangan ini seperti ikan raja, pacu, patin, toman dan sebarau.

Di sini anda akan melihat pelbagai teknik pancingan diamalkan seperti pancing layang, pancingan dasar dan mengilat.

Namun buruan utamanya tetap satu iaitu ikan pacu. 

Ini kerana pacu yang terdapat di sini memiliki kekuatan yang kuat dan bertenaga sehingga mendapat nama jolokan pacu ‘steroid’.

Purata berat saiz pacu di sini sekitar satu hingga lima kilogram. 

Teknik pancing layang dan dasar menggunakan umpan, kejayaan untuk merasa tarikan pacu di sini adalah 90%. 

Berbeza pula bagi yang suka mengilat, hanya 10% saja kejayaan untuk mendarat pacu. Boleh dikatakan terlalu sukar untuk memperdayakan pacu di sini dengan menggunakan gewang terutama jenis hard lure.

Sempena pelancaran warna terbaru dari Rasengan Limited untuk gewang model minnow SSXS siri Black Mamba,kami mengambil cabaran untuk mengujinya dengan pacu di sini atas cadangan Hasan Udin.

Ternyata nasib menyebelahi kami, lontaran kali ketiga gewang Rasengan Black Mamba merah oleh Nazrol Luffy berjaya memikat pacu steroid dengan larian padunya umpama Speedy Jantan.

Selepas itu peluang saya pula merasa tarikan pacu steroid di sini yang tertipu dengan Black Mamba berwarna kuning.

Izzat Sabri juga berjaya mendaratkan pacu bersaiz tiga kilogram. 

Pada masa yang sama Nazrol Luffy masih bertarung dengan pacu steroid keduanya. 

Dengan set aksi joran kekuatan 2-6lbs, ia mengambil masa 10minit untuk mendaratkan pacu steroid seberat lima kilogram.

Keseluruhan dua jam masa yang diluangkan mengilat di sini cukup berjaya bagi kami. 

Dengan lima ekor ikan pacu steroid berjaya didaratkan tidak termasuk dengan rabut dan mata kail terkangkang dikerjakan oleh pacu steroid.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEBAGAIMANA namanya, Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam merupakan pusat sehenti bagi penggemar dunia permotoran berikutan banyak tersedia premis aksesori dan modifikasi kenderaan. Sementara bagi kaki-kaki pancing sekitar Lembah Kelang dan Shah Alam khususnya, Dataran Otomobil Seksyen 15 menjadi lokasi pilihan kerana di sinilah letaknya sebuah premis atau kedai pancing popular, Fisher Tackles.
  • TEPAT pukul 10.30 pagi pesawat Air Asia selamat mendarat di Airport Cochin, India selepas penerbangan selama empat jam setengah dari KLIA 2. Saya dijemput oleh dua pemancing tempatan dengan kenderaan 4x4 yang disewa untuk trip ini. Perjalanan kami ke hutan simpan Malakkapara mengambil masa selama 14 jam setelah mendapat kebenaran dari checkpost kawalan hutan. Walaupun perjalanan tersebut amat memenatkan namun keindahan alam sungai berbatu bata sepanjang jalan dan air terjun setinggi lebih 100 meter amat mempersonakan.
  • MAHSEER adalah nama biasa bagi merujuk ikan dalam genus Tor, Neolissochilus dan Naziritor yang tergolong dalam keluarga besar Cyprinidae (ikan kap). Walau bagaimana pun nama mahseer lebih sinonim atau lebih menjurus kepada spesies genus Tor. Di negara kita, mahseer ini lebih merujuk kepada ikan kelah.
  • MEMANG seronok apabila umpan telah mengena, tambah seronok bila dapat bertarung sepuasnya dengan ikan. Namun teknik dan tatacara untuk mengendalikan ikan yang akan didaratkan itu tidak ramai ambil kisah sangat.
  • KAN Tang, sebuah daerah di wilayah Trang, selatan Thailand bukan sahaja popular dengan eko pelancongan, malah turut menjadi destinasi tersohor bagi kaki pancing domestik dan juga luar negara.