BERMATLAMATKAN pengurusan sebuah kelab bola sepak telus, profesional dan mesra penyokong, tujuh peminat bola sepak telag bersatu hati menubuhkan kelab Bola Sepak Shah Alam Antlers.

Shah Alam Antlers FC (SAAFC) merupakan kelab bola sepak Shah Alam yang berasaskan komuniti dengan harapan perubahan dalam atmosfera bola sepak Malaysia yang regresif.

Ditubuhkan pada September 2016, aspek pemasaran SAAFC diurus oleh Shah Alam Antlers LLP yang diterajui Ahmad Suffi an sebagai Presiden kelab.

MILIKI PENGALAMAN

Kecewa dengan politik yang bermaharajalela di pengurusan pasukan negeri di Malaysia, mereka mengumpulkan individu yang berbakat dalam pelbagai aspek pengurusan bola sepak untuk membentuk sebuah ‘pasukan pengurusan impian’ (football management dream team).

Kesemua mereka merupakan pakar dalam bidang pemasaran bola sepak, media bola sepak, undang-undang bola sepak, perhubungan awam bola sepak, teknikal bola sepak dan operasi harian kelab bola sepak.

Tuan rumah bagi SAAFC adalah di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, Seksyen 21, Shah Alam.

KOMUNITI SETEMPAT

Ahmad menjelaskan, Shah Alam Antlers ditubuhkan untuk menjadikan komuniti peminat bola sepak di Shah Alam sebagai salah satu suara peneraju kelab.

“Memberi platform dan peluang kedua kepada pemainpemain berbakat yang digagalkan oleh kepincangan pengurusan pasukan bola sepak negeri. “Menyokong usaha merakyatkan kelab bola sepak seperti yang dilakukan oleh Terengganu City FC, diharapkan lebih banyak kelab bola sepak berasaskan komuniti seperti ini akan ditubuhkan di Malaysia,” ujarnya.

TAJAAN KORPORAT

Jelas Ahmad, SAAFC merupakan 1 kelab bolasepak komuniti. Sebagai kelab komuniti elemen atau entiti yang paling penting dalam organisasi kami adalah komuniti shah alam itu sendiri.

“SAAFC tidak dimiliki atau dibiayai oleh kerajaan atau pemilik kelab yang kaya. SAAFC di dokong oleh komuniti melalui yuran ahli dan juga penajapenaja yang ingin adakan hubungan dengan komuniti kami. Dengan adanya hubungan baik kami dengan komuniti atau penyokong, kami pasti dapat memberi pulangan yang baik kepada penaja.

“Selain dari itu prestasi di dalam padang, di mana SAAFC telah memenangi 6 perlawanan dan 1 seri dari 7 perlawanan juga membantu kami untuk bergerak dan dikenali dengan lebih pantas. Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan kami sebagai rakan penaja atau sebagainya,” katanya