• UiTM FC UiTM FC
1 /

JURULATIH UiTM FC, Azman Eusoff, melaungkan keyakinan pasukannya mampu untuk terus kekal bersaing di Liga Perdana musim hadapan.

Nada penuh yakin jurulatih berasal dari Kedah itu berdasarkan peningkatan yang dipamerkan oleh setiap pemain-pemainnya sepanjang pusingan kedua liga berlangsung.

“Jelas pemain-pemain saya telah banyak belajar pada pusingan pertama liga. Kini, mereka bangkit semula pada pusingan kedua hingga kita berjaya keluar dari kelompok tercorot.

“Sepanjang pusingan kedua, pasukan saya hanya tewas dua kali sahaja iaitu ketika bertemu Sarawak dan Sabah. Ini menunjukkan peningkatan yang dipamerkan oleh pemain dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Menurutnya, dengan kedudukan mata yang rapat tidak mustahil pasukan budak IPT mampu mengelak jatuh ke saingan Liga FAM.

“Memandangkan selepas ini UiTM FC bakal bertemu pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman seperti KL SPA dan Sime Darby, ini pasti menyemarakkan lagi semangat pemain untuk cuba melakukan kejutan,” katanya.