PEMAIN tengah Pahang, Mohd Saiful Nizam Miswan, mahu Tok Gajah meraih bekalan selesa apabila melayan kunjungan Sarawak di Stadium Darul Makmur malam esok untuk separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013.

Saiful Nizam atau mesra dengan panggilan Poyeng berkata, peluang beraksi di halaman sendiri perlu dimanfaat sebaik mungkin.

Pemain berusia 32 tahun itu mengharapkan kehadiran dan sokongan padu peminat Pahang bagi memenuhi stadium.

“Sokongan padu peminat memang meningkatkan lagi semangat pemain dan kami menghargai sokongan mereka yang setia menyokong Tok Gajah selama ini.

“Saya sedar bermain di Kuching nanti, tidak semua peminat boleh terbang ke sana,” kata pemain kelahiran Kota Tinggi, Johor itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :